SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT
Agensi Pekerjaan Isma Sdn Bhd ini
telah didaftarkan pada 20 Julai 2007, ianya sebuah syarikat milik bumiputera
sepenuhnya yang paling aktif diantara 66 agensi rasmi yang beroperasi di
Wilayah Utara Malaysia. Lokasi agensi ini terletak di Bandar Taman Sejati,
Sungai Petani, Kedah. Dimana ianya berhampiran dengan Tol Sungai Petani
Selatan, Lebuhraya Utara selatan. Agensi ini juga berada berhampiran sempadan
Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Peranan dan fungsi agensi ini yang
menguruskan kemasukan pekerja asing adalah strategik dimana lokasi pejabat yang
strategik dengan pintu masuk Negara Malaysia iaitu Lapangan Terbang
Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang.
Agensi Pekerjaan Isma Sdn Bhd telah
diterajui oleh Encik Ismail Bin Haji Ahmad iaitu Pengarah Urusan di APS Isma
Sdn Bhd yang juga lepasan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UUM. Selain itu,
beliau adalah bekas Timbalan Pengarah Kerajaan Negeri Kedah bahagian pertanian
yang bersara A52. Pengalaman dan kematangan beliau memberi sumbangan kepada
kejayaan agensi ini untuk terus berkembang maju.
Hasil daripada komitmen dan
pengalaman ini, agensi telah mengorak langkah bermula menubuhkan agensi
cawangan Sungai Petani. JTK dan KDN menawarkan kelulusan untuk menambah
beberapa lagi cawangan seperti berikut;
Cawangan Negeri
APS cawangan Sungai Petani Kedah
APS cawangan Kota Bharu Kelantan
APS cawangan Kemaman Terengganu
APS cawangan Shah Alam (masa hadapan) Selangor
No comments:
Post a Comment